Anak Saya Tak Nak Direct Feeding.

Salam Semua mommies…

Harini saya nak cerita pengalaman menyusukan anak saya. Ni antara pengalaman sedih sewaktu menyusukan anak saya. Mungkin tak semua mommies yang mengalami masalah ni ye…

Senyum mommies semua, chill, relax, jangan stress atau nanges kalau tetiba je anak tolak tak nak direct feeding dengan kita…Kebanyakan ibu bekerjaya, akan memastikan bekalan susu yang cukup untuk ditinggalkan kepada pengasuh. Jadi, perancangan(planning) jadual mengepam serta ilmu dalam penyusuan eksklusif ni kalau tak cukup memang akan sentiasa rasa stress dan rasa terbeban. Tapi ingat semua mommies, semua itu adalah ujian dari Allah..Sejauh mana kesabaran kita untuk menyusukan anak. Pahala besar untuk ibu yang menyusukan anak ni. Mommies yang berjiwa rapuh akan mengambil jalan mudah dengan memperkenalkan susu formula kepada bayinye. Manakala ibu yang berjiwa kental akan memilih exclusive pumping sebagai satu jalan yang harus dilalui dengan penuh liku…

Kenapa penuh liku? kalau mommies semua ingat lagi dalam blog saya yang lepas mengenai asas penyusuan salah satunye adalah direct feeding. Hal ini kerana, tiada pam yang hebat selain kehebatan mulut sicomel bayi kita. Dan sering berlaku ibu yang melakukan exclusive pumping berkemungkinan berlaku pengurangan susu. hal ini disebabkan kerana kekurangan stimulasi secara terus dari bayi. Dan adakalanya masalah ini timbul ketika bayi beralih bulan dan tiba-tiba kurang minat terhadap direct feeding.

Kenapa ini boleh terjadi?

  • Susu yang terlalu banyak

Susu yang terlalu banyak biasanya jadi diperingkat awal kelahiran bayi. Sistem badan ibu masih belum dapat mengenalpasti jumlah pengeluaran susu yang diperlukan oleh bayi. Bayi pula dalam fasa mempelajari teknik menyusu. Pada peringkat ini bayi agak sukar mengawal kadar susu yang dihisap. Sekiranya susu ibu terlalu banyak, kemungkinan besar mereka akan menghadapi masalah sering tersedak. Sekiranya keadaan ini sering berlaku, sedikit sebanyak bayi akan mengalami trauma dan mengelak untuk minum susu terus daripada ibunya.

 

  • Bayi lebih suka minum melalui botol berbanding secara terus (direct feeding)
Ada ibu-ibu yang keliru dengan keadaan ini. Ada yang beranggapan bayi mereka menolak susu mereka dan lebih sukakan susu formula atau minum EBM kita. Ini kebiasannya disebabkan oleh lubang pada puting susu yang besar dan bayi tidak perlu bersusah payah mengerakkan rahang mereka untuk menyusu. Jika dibandingkan dengan menyusu secara terus, bayi perlu mengerakkan rahang bagi mendapatkan susu. Oleh itu, mereka lebih suka susu botol sebab tak perlu berusaha terlalu gigih.
Masa saya buntu fikirkan cara bagaimana nak suruh anak direct feeding, saya google dan terjumpa cara-cara ni dan saya praktikkan dan alhamdulillah..berjaya!! So mommies, jum kita tengok cara-cara untuk masalah ni..:)
Bagaimana Cara Mengatasi Masalah Ini? 

  • Susukan bayi secara kerap. Bagi bayi yang baru dilahirkan, sebaiknya susukan setiap 2 jam sekali. Kejutkan bayi dari tidur sekiranya perlu. Selain dari untuk mengelakkan payudara menjadi bengkak, ia juga mengelakkan maslah jaundice bagi bayi yang baru dilahirkan.
  • Sekiranya payu dara membengkak, perah dahulu susu sebelum mula menyusukan bayi. Ini mengurangkan jumlah susu dalam payudara dan sekaligus mengelakkan flow susu menjadi terlalu laju ketika proses penyusuan.
  • Selepas menyusukan bayi, sebaiknya perah susu hingga ke titisan terakhir. Selain dari membantu menggalakkan pengeluaran susu, ia juga mengelakkan payudara menjadi bengkak sebelum sesi penyusuan yang seterusnya.
  • Gunakan pam yang elok dan sesuaikan diri dengan pam tersebut. Terutamanya bagi yang menggunakan pam manual seperti saya.
  • Susukan bayi mengikut keperluan mereka. Sama seperti nak mengajar mereka menyusu melalui botol, jangan bagi option. Pastikan mereka menyusu secara terus walaupun sedikit, tetapi jangan memaksa secara keterlaluan. Berhenti sekiranya mereka menolak. Susukan kembali ketika mereka kelihatan haus. Kebiasannya menyusu kan bayi ketika mereka separa sedar (dalam keadaan mamai) agak mudah
  • Jangan susukan bayi ketika mereka terlalu lapar. Offer susu secar aberkala. Contohnya, sejam sekali atau setengah jam sekali.
  • Susukan bayi dalam suasana yang tenag. Jauhkan dari kebisingan dan gangguan. Emosi ibu ketik ajuga harus dalam keadaan yang relax dan tenang.
  • Ambil peluang yang ada untuk meluangkan masa dengan bayi, banyak kan sentuhan dengan bayi.
  • Elakkan pengunaan poteng kosong kalau boleh haramkan pengunaan poteng kosong pada bayi anda.
  • Pada hujung minggu, haramkan langsung penggunaan botol walaupun ketika berada di tempat awam. Pelajari teknik penyusuan di tempat awam.
  • Jangan marah dan jangan memaksa bayi anda. Sabar..! sabar..! sabar..! Takkan buat sekali terus berjaya. Luangkan masa yang ada di antara anda dan bayi
  • Doa yang berterusan agar usaha ibu-ibu semua dipermudahkan.

Credit to : mommy zura betty

Saya harap pengalaman saya ini dapat membantu ibu-ibu yang mengalami masalah untuk tidak berputus asa, yakin pada diri dan sabar.
SMS/Call/Whatsapp : 016 – 668 8782 (Dila)
Email : admin@motherbabycare.info
SID : 927072

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>