Bolehkah Inverted Nipple Menyusukan Bayi?

Adakah anda mempunyai putting susu yang leper atau termasuk?

Anda mungkin tidak pernah meneliti rupa puting payudara anda sebelum anda melahirkan bayi dan menyusukannya. Jika ini merupakan kali pertama anda menyusu badan, sekarang anda tentu lebih teliti dengan setiap aspek pada payudara anda. Ini kerana, walaupun semua wanita mempunyai payudara, tetapi tidak semua payudara sama. Puting payudara yang tidak tertonjol keluar mungkin akan membawa sedikit masalah kepada bayi untuk memulakan penyusuan. Walaupun keadaan ini adalah normal, namun anda perlu memastikan bayi anda terus menyusu supaya tidak membawa masalah lain seperti bengkak susu atau mastitis.

Cara-cara untuk mengatasi masalah ini

Kebanyakan wanita mendapati bahawa masalah puting leper atau terbenam boleh diatasi setelah beberapa ketika bayi mereka menyusu badan. Kaedah-kaedah semulajadi seperti urutan juga antara teknik yang paling popular yang dipraktikkan oleh para ibu yang kurang menggemari penggunaan alat bantuan. Beberapa tips dan cara untuk dicuba termasuklah:

1. Menyusukan bayi anda dengan kerap

Perlu diingat bahawa bayi anda perlu melekap pada bahagian aerola semasa menyusu, bukan pada puting semata-mata. Walaupun ia agak sukar pada peringkat awal, latihan demi latihan akan membantu anda berdua berada dalam keadaan yang lebih selesa dan tidak kekok. Di samping itu, penyusuan yang kerap dapat memberi peluang kepada bayi anda untuk menarik puting payudara anda untuk keluar. Bayi anda juga dapat belajar untuk melekap dengan lebih baik.

2. Urutan

Selain menyusu dengan kerap, anda boleh cuba merangsang puting payudara dengan memicit bahagian areola setiap kali ketika mandi. Buat selama satu dua minit. Pada masa sama letakkan kain lembap atau disejukkan dengan ais untuk meningkatkan rangsangan. Cuba picitkan sedikit puting payudara anda dengan tangan yang bersih sebelum memulakan penyusuan untuk memudahkan bayi anda melekap dengan baik.

3. Teknik Hoffman

Letakkan ibu jari di atas puting. Tolak perlahan-lahan ke dalam tisu payu dara anda dan pada masa yang sama tarik ibu jari anda. Dengan itu, anda melakukan regangan ke atas puting dan melonggarkannya. Jadi, puting mudah bergerak ke dalam dan ke luar. Lakukan teknik ini sekurang-kurangnya lima kali sehari.

flat_nipple

Paling penting – elakkan stress dan yakinkan diri bahawa anda BOLEH menyusukan bayi anda.

Kalau anda masih lagi meragui atau ada sebarang persoalan dihati..boleh hubungi saya..Saya sedia membantu.. :)

 

SMS/Call/whatsapp : 016 – 668 8782 (Dila)

Email : admin@motherbabycare.info

SID : 927072

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>